Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog

2015-02-13T05:21:39+01:00

AYA Sofya

Posted by KayMajid
AYA Sofya

Aya sofya mutiara Kota Istanbul

Nun jauh pandangan ke barat terdapat sebuah monumen yang berdiri utuh walaupun usianya sudah menjangkau berapa abad lamanya. Monumen yang tersergam indah itu adalah Aya Sofya yang merupakan penlengkap keindahan Kota Istanbul. Kota Istanbul yang terletak di negara Turki merupakan sebuah negara yang hebat dan maju dari segi perdagangannya dan dikenali sebagai " Tanduk Emas ". Hal ini demikian kerana rupa bentuk geografi atau semenanjungnya yang berbentuk seperti tanduk atau mahkota. Aya Sofya merupakan sebuah monumen yang menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia dan merupakan salah satu keajaiban dunia. Aya Sofya atau nama asalnya ialah Sancta Sophia pernah mengalami tiga zaman perubahan.

Pertama Aya Sofya pernah menjadi sebuah gereja yang sangat popular dan dikenali sebagai Sancta Sophia, yang membawa erti " Holy wisdom " iaitu kebijaksanaan yang suci dalam habasa Latin. Aya Sofya telah dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Justinian yang menjadi pemerintah kerajaan Byzantine atau kerajaan Rom Timur ketika itu. Agama Kristian ketika itu telah berpecah kepada dua mazhab iaitu mazhab Protestan yang berpusat di Rom, Itali dan mazhab Ortodoks yang berpusat di Konstantinople atau dikenali sebagai Istanbul pada masa ini. Maharaja Justinian telah melantik dua orang arkitek yang terkenal untuk membina Aya Sofya ini iaitu Isiodore dan Antherius. Bukan itu sahaja, Aya Sofya juga telah menjadi salah satu tempat sasaran dalam Perang Salib yang telah berlaku antara orang - orang Islam dengan orang - orang Kristian. Aya Sofya ketika dalam pemerintahan Kristian merupakan sebuah gereja yang sangat cantik binaannya dan sangat aktif dalam melakukan upacara keagamaan dan merupakan pusat keagamaan bagi mazhab Kristian Ortodoks yang sangat terkenal. Seni bina gereja Aya Sofya ketika pemerintahan Kristian telah menekankan konsep agama Kristian. Terdapat lukisan - lukisan yang menunjukkan Maria dan Isa di sekitar dinding gereja Aya Sofya ketika itu. Tambahan lagi, terdapat juga ukiran Kaisar Kota Konstantinople di sekitar dinding dan mozek gereja Aya Sofya.

Kedua, setelah jatuhnya kerajaan Kristian ke atas tangan Sang Penakluk iaitu Sultan Muhammad al- Fateh telah mengubah nasib gereja Aya Sofya kepada sebuah masjid yang indah. Sultan Muhammad al-Fateh dan para tentera baginda telah berjaya menembusi benteng pertahanan Kota Konstantinople dan sekali gus berjaya menakluki Kota Konstantinople. Sejurus selepas baginda berjaya menakluki Konstantinople, Sultan Mohammad al-Fateh telah melakukan sujud syukur di Aya Sofya. Bermula daripada detik inilah Aya Sofya yang dahulunya sebuah gereja Kristian Ortodoks telah berubah menjadi sebuah Masjid Aya Sofya. Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh, malah baginda juga telah mengubah nama Kota Konstantinople kepada Istanbul yang membawa maksud Kota Islam. Selain itu, baginda sultan juga tidak melakukan sebarang perubahan terhadap Aya Sofya melainkan menutup seni ukiran yang berkonsepkan agama Kristian kepada konsep agama Islam. Sultan Muhammad al - Fateh telah mengarahkan pekerjanya agar menutupi ukiran yang berkonsepkan Kristian tanpa melakukan sebarang kerosakkan dan ukiran sepeti tulisan kaligrafi Allah dan Muhammad telah menghiasi dinding - dinding di dalam Masjid Aya Sofya.

Zaman terkahir yang dialami oleh Aya Sofya ialah ketika pemerintahan Mustapha Kamal Attatuk, di mana Masjid Aya Sofya telah dijadikan sebuah muzium. Bermula dari saat inilah Masjid Aya Sofya telah berhenti fungsinya daripada beroperasi sebagai sebuah masjid kepada menjadi sebuah muzium yang mesti dilawati jikalau melawat Kota Istanbul. Mustapha Kamal Attatuk merupakan seorang pemerintah yang bersikap liberal dan beliaulah yang telah memutuskan agar Aya Sofya dijadikan muzium. Jikalau tidak semestinya Aya Sofya masih lagi berperanan sebagai sebuah masjid hingga kini. Mustapha Kamal Attatuk juga telah mengarahkan pekerjanya agar membuka penutup yang selama ini menutupi ukiran - ukiran dan lukisan - lukisan yang berbentuk agama Kristian. Beliau telah membiarkan ukiran yang berkonsepkan Islam dan Kristian bergabung dalam Aya Sofya dan dipamerkan senhingga sekarang.

Tuntasnya, Aya Sofya merupakan sebuah masjid yang sangat indah, cantik dan dikagumi oleh seluruh umat Islam. Keindahaan dan kehalusan seni bina yang terdapat di Aya Sofya membuktikan bahawa masyarakat terdahulu sangat kreatif dan mempunyai idea yang sangat bijak. Seterusnya, pembinaan Aya Sofya juga dapat menunjukkan bahawa masyarakat terdahulu juga sangat hebat kerana dapat membina sebuah monumen yang kukuh sehingga sekarang tanpa mengunakan sebarang teknologi seperti yang terdapat pada masa ini. Sesungguhnya Aya Sofya merupakan binaan yang unik kerana pernah dijadikan sebuah tempat keagamaan bagi dua agama yang terbesar di dunia iaitu Kristian dan Islam.

salam dari Istanbul : KayMajid

AYA Sofya

See comments

To be informed of the latest articles, subscribe:
comments

Girl Gift Template by Ipietoon - Hosted by Overblog